Sinopsis Cinta Antara Benua

Berkisah tentang kehidupan pahit manis pelajar-pelajar dari Malaysia yang melanjutkan pelajar ke Newcastle, United Kingdom dan Kota London. Wahid (Ahmad Idham) dan Zack (Azhar Sulaiman) bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Zack telah ditunangkan dengan Halimah (Asyanti) atas permintaan keluarga mereka.

Zack melanjutkan pelajaran di University di Kota London manakala Wahid dan Halimah melanjutkan pelajar di Universiti yang sama di New Castle, United Kingodm. Siti (Maznah) tunang kepada abang sulung Wahid, Mahadi yang juga bertunang atas permintaan keluarga melanjutkan pelajaran di Universiti yang sama. Kuat (Effendi) dan Ooi (arwah Sarifudin Marzuki) sahabat baik bekerja sebagai crew production drama, tv dan pelakon tambahan melanjutkan pelajaran di New Castle dalam bidang Pengarahan dan Perfileman.

JR (Rozisham) pelajar cemerlang yang juga bekas kekasih Nora, berasal dari Kelantan berubah arah tuju ketika melanjutkan pelajaran di New Castle kesan pengaruh buruk dan akibat tersalah pilih kawan. Haniza (Nik Farina) yang bekerja sebagai pengacara hiburan tv melanjutkan dalam bidang yang sama dengan Kuat dan Ooi di New Castle. Berperwatakan tomboy, Kuat dan Haniza sering bertegang leher sehinggalah berlaku kejadian buruk kepada Haniza ketika Malam Halloween, Kuat antara orang yang banyak membantu Haniza dan bermulalah percintaan antara mereka.

Uncle Sam (arwah M. Rajoli) lelaki tua yang berasal dari Kelantan tetapi sudah lama menetap di New Castle memiliki rumah dan menyewakan bilik bilik di rumahnya kepada Wahid, JR, Kuat, Ooi, Halimah, Siti dan Haniza dan mengganggap mereka seperti anak anaknya sendiri. Uncle Sam membawa diri ke New Castle kerana terkilan dengan tindakan ayahnya dan orang-orang kampung dan tidak mahu kembali semua ke kampung halamannya.

Ooi anak orang berada tetapi tidak sombong. Seorang yang sangat baik dan lucu. Sering menjadi bahan usikkan dan gurauan rakan-rakannya namun tidak mudah terasa hati malah berlaku baik dan suka membantu rakan-rakannya terutama skali Kuat. Ooi ada menaruh hati pada Liza (Liza Ismail, sekarang pengarah), kawan sekuliah Haniza, yang baru putus cinta dengan senior bernama Ramli Salleh. Namun Ooi tidak bernasib baik dalam soal cinta tetapi berjaya menumpukan perhatiannya pada pelajaran. Zack telah bertemu dengan Sally (Chempaka) di London. Zack pada mulanya hanya menganggap Sally sekadar teman biasa namun semakin lama, Zack mencintai Sally dan bertekad ingin memutuskan pertunangannya dengan Halimah tetapi dihalang oleh Wahid. Zack sedar akan perasaan Wahid terhadap Halimah, dan meminta Wahid menggantikan tempatnya.

Namun, dalam usaha Wahid menawan hati Halimah, bapa Halimah meninggal dunia dan meminta Halimah dan Zack segera berkahwin sebagai wasiat yang terakhir. Rich (Richard) terpaksa berterus-terang dengan Sally yang Zack sudah berkahwin dan Wahid pula terlalu kecewa sehingga menimbulkan pergaduhan besar antara dia dan Zack. Siti yang selama ini memendam perasaan terhadap Wahid cuba memujuk dan menemani Wahid ketika ini. Hubungan mereka semakin lama semakin intim sehinggakan Siti terlupa yang dia bakal berkahwin dengan Mahadi abang sulung Wahid, sendiri. Halimah menasihati agar berhati-hati kerana khuatir perkara sama berulang kembali.